KELEBIHAN


KELEBIHAN KAMI

1. Pakaian yang berkualiti

Kami amat mementingkan mutu dalam penghasilan t-shirt kami. Kami memilih material yang terbaik bagi menjamin kepuasan hati para pelanggan kami. 100% cotton t-shirt kami amat terkenal dengan kualitinya. Materialnya dipilih dari benang yang dipilih dan ditenun dengan tenunan khas. Manakala t-shirt anda kami yang jahitkan daripada material tersebut, bukannya yang siap-tempah dari orang lain. T-shirt kami juga mampu bertahan lebih 10 tahun jika dijaga dengan baik.

2. Jaminan 30 hari

Jika anda tidak berpuas hati mutu cetakan dan t-shirt dan spesifikasi t-shirt (kesilapan kilang), anda berhak untuk mendapat 100% harga yang anda bayar atau pihak kami akan membuat semula t-shirt anda dengan lebih baik. Jaminan ini tertakluk kepada 30 hari dari anda menerima t-shirt dari kami.

3. Design Menarik & Mengujakan

Design kami direka khas oleh para designer professional. T-shirt anda melambangkan identiti anda, oleh itu pihak kami akan membuat design yang betul-betul menepati citarasa anda. Design kami ringkas, menarik & mengagumkan.

4. Design PERCUMA

Kami menyediakan perkhidmatan design secara percuma, ya PERCUMA tanpa sebarang bayaran. Tahukah anda biasanya upah untuk mencipta satu design t-shirt ada hingga mencapai RM300 satu design? Dengan kami anda tidak perlu risau dengan kos tersebut, kerana ianya adalah PERCUMA. Jika anda tidak berpuas hati dengan design pertama kami, anda komen dan kami akan buatkan semula mengikut citarasa anda.

5. Penghantaran PERCUMA(secara pukal)

Penghantaran t-shirt anda adalah percuma ke seluruh semenanjung malaysia. Penghantaran t-shirt tersebut dihantar melalui perkhidmatan syarikat pos ekspress terkemuka antarabangsa.
Sabah & Sarawak akan dicaj RM3 bagi setiap helai.

6. Kostum Sepenuhnya

Anda boleh mencipta sendiri kostum t-shirt anda mengikut citarasa anda. Ini kerana kami menjahit sendiri t-shirt untuk anda. Anda boleh membuat maksimum 4 paten t-shirt bagi satu tempahan kumpulan. Contoh: Paten 1, tshirt basic(round neck & short sleeve). Paten 2, tshirt basic+lengan panjang+labuh 5 inci. Paten 3, tshirt basic+butang+kolar. Untuk sebarang kostum, harga sila rujuk di halaman HARGA T-SHIRT.

7. Professional & Berpengalaman

Syarikat ini ditubuhkan oleh gabungan para individu yang berpengalaman tinggi dalam bidang percetakan t-shirt. Kebanyakan daripada mereka adalah bekas daripada salah sebuah syarikat percetakan t-shirt yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Mereka pernah mendapat latihan di dalam dan luar negara dalam semua aspek di bidang ini.

8. Ekslusif

Kami juga menyediakan perkhidmatan mencetak t-shirt walaupun dalam kuantiti sehelai EKSLUSIF untuk anda. Hanya anda yang mempunyai t-shirt "limited edition" tersebut. Anda berhak mendapatkan t-shirt tersebut kerana "t-shirt anda, citarasa anda".